No posts.
No posts.

Pengenalan Syarikat :

Nihasmi Global Management (NGM) dilahirkan pada 8 Januari 2010 hasil daripada pengalaman mendalam pengarah syarikat yakni saudara Al- Hafiz Nikmatullah Bin Al-Hafiz Ahmad Hamizi dalam bidang perkhidmatan pengajian agama Islam di kediaman, IPT, Jabatan Kerajaan dan pejabat pelanggan. Ia adalah milik penuh Bumiputra yang berhasrat menabur bakti di dalam bidang ilmu Agama Islam kepada masyarakat.

Pada peringkat awalnya, saudara Nikmatullah telah memulakan perkhidmatan pengajian Agama Islam yang disampaikan terus samada di rumah, sekolah atau pejabat pelanggan sejak 8 ogos 2004. Beliau mempunyai pengalaman luas mengenai selok-belok operasi perniagaan berkenaan dan melihat potensinya bagi membantu saudara-saudara seagama.

Orientasi perniagaan Nihasmi Global Management ialah bagi membantu individu-individu yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam Ilmu Agama Islam yang mahu mengubah nasib hidup mereka atau peluang bagi menjana pendapatan sampingan. Nihasmi Global Management membuka peluang kepada sarjana-sarjana yang mempunyai kelulusan dalam Ilmu Agama Islam bagi menjalankan perniagaan sendiri dengan bantuan pengurusan daripada pihak NGM.

Semoga dengan tertubuhnya Nihasmi Global Management ini dapat memberi manafaat kepada agama, bangsa dan negara.

Profil Syarikat :

Pemilik : Al- Hafiz Nikmatullah Bin Al-Hafiz Ahmad Hamizi
Nama Syarikat : Nihasmi Global Management ( NGM )
No Pendaftaran : ( AS0326672-V )
Penubuhan : 10 - 01 - 2010
No. Tel : 012 - 709 6665
Email : Nihasmi.Global@yahoo.com