TUJUAN & MATLAMAT


Tujuan Penubuhan

*      Membolehkan sistem pengajian disampaikan tanpa rasa segan-silu.
*      Memberikan perlindungan keselamatan kepada anak-anak dengan menggunakan sistem Qiraati Usrati iaitu pengajian di rumah.
*      Menjimatkan masa dan kos perbelanjaan ibu bapa.
*      Memberi peluang pekerjaan dan mata pencarian kepada graduan-graduan yang menganggur.
*      Membantu guru-guru agama di sekolah-sekolah Kerajaan, Kafa dan J-Qaf bagi menambah pendapatan mereka melalui sistem yang disediakan.
*      Sistem pembelajaran yang sistematik kepada semua peringkat umur.
*      Menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan pada peringkat remaja atau keluarga.



Matlamat Nihasmi Global Management

Ø  Membantu memperbaiki bacaan Al-quran, Tajwid dan lain-lain.
Ø  Memberi kefahaman tentang pentingnya peranan solat kepada umat islam dan membuka minda mereka memajukan diri ke peringkat global.
Ø  Menekankan kepada peringkat kanak-kanak tentang kepentinggan solat,Al-quran dan ilmu.
Ø  Membuang perasaan malu bagi golongan dewasa untuk mengikuti pengajian islam.

Ø  Menawarkan harga yang lebih berpatutan.
Ø  Kualiti pembelajaran lebih terjamin kerana jumlah pelajar tidak melebihi 6 orang.
Ø  Memberi kefahaman tentang betapa pentingnya pelajaran untuk memajukan diri dan menjauhkan diri dari anasir-anasir yang tidak sihat.
Ø  Mengelakkan perbalahan tentang hukum ahkam dengan memberi kefahaman kepada semua pelajar supaya bersatupadu bagi memajukan umat islam khususnya di Malaysia dan dihormati diperingkat global.
Ø  Menggalakkan institusi kekeluargaan sebagai tempat menjana insan yang beriman dan cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan.

Pengenalan Syarikat :

Nihasmi Global Management (NGM) dilahirkan pada 8 Januari 2010 hasil daripada pengalaman mendalam pengarah syarikat yakni saudara Al- Hafiz Nikmatullah Bin Al-Hafiz Ahmad Hamizi dalam bidang perkhidmatan pengajian agama Islam di kediaman, IPT, Jabatan Kerajaan dan pejabat pelanggan. Ia adalah milik penuh Bumiputra yang berhasrat menabur bakti di dalam bidang ilmu Agama Islam kepada masyarakat.

Pada peringkat awalnya, saudara Nikmatullah telah memulakan perkhidmatan pengajian Agama Islam yang disampaikan terus samada di rumah, sekolah atau pejabat pelanggan sejak 8 ogos 2004. Beliau mempunyai pengalaman luas mengenai selok-belok operasi perniagaan berkenaan dan melihat potensinya bagi membantu saudara-saudara seagama.

Orientasi perniagaan Nihasmi Global Management ialah bagi membantu individu-individu yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam Ilmu Agama Islam yang mahu mengubah nasib hidup mereka atau peluang bagi menjana pendapatan sampingan. Nihasmi Global Management membuka peluang kepada sarjana-sarjana yang mempunyai kelulusan dalam Ilmu Agama Islam bagi menjalankan perniagaan sendiri dengan bantuan pengurusan daripada pihak NGM.

Semoga dengan tertubuhnya Nihasmi Global Management ini dapat memberi manafaat kepada agama, bangsa dan negara.

Profil Syarikat :

Pemilik : Al- Hafiz Nikmatullah Bin Al-Hafiz Ahmad Hamizi
Nama Syarikat : Nihasmi Global Management ( NGM )
No Pendaftaran : ( AS0326672-V )
Penubuhan : 10 - 01 - 2010
No. Tel : 012 - 709 6665
Email : Nihasmi.Global@yahoo.com